Webinar Ancaman Siber Di Tempat Awam Slot 1
11 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Oktober 2025 (Jumaat), telah diadakan webinar NADIxCybersecurity bertajuk Webinar Ancaman Siber Di Tempat Awam Slot 1 yang bermula pada jam 3:00 petang sehingga jam 4:30 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seorang peserta telah menyertai webinar tersebut.
Webinar kali ini akan memperlihatkan secara langsung ancaman siber yang mungkin berlaku di sekitar kita, terutamanya di tempat awam. Penekanan utama adalah pada teknik Card Cloning dan penggunaan Tracker Gadget oleh penjenayah siber untuk mencuri data peribadi dan maklumat kewangan tanpa disedari.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: